TIP PENTING

TIPS PENGAJIAN AM SEMESTER KEDUA 2014

1. Carta Pai

 – tuliskan jumlah besar dan jejari di bawah carta pai

 – Jangan lupa tulis nilai bagi jumlah besar seperti RM juta  dan jejari mesti dalam cm.

 – Jika carta sebelah kiri besar maka nisbahnya 1:0.xxx

 – Jika carta sebelah kiri kecil maka nisbahnya  1:1.xxx

-Ingat nisbah selepas titik tiga angka (lebih selamat)

 – Untuk mencari nisbah = √jumlah besar dibahagi kepada  √Jumlah kecil

– Di atas carta pai mesti ada label seperti tahun, eksport import, RMK3 dan RMK4 dsb.

 

2. Bar Gabung

 – Bilangan / amaun sebelah kiri , manakala jumlah di sebelah kanan.

 – Terdapat 2 jenis bar gabung

 – bar gabung  yang boleh berkongsi skala yang sama. Maksudnya kedua-dua paksi mempunyai nilai yg sama seperti ribu tan, juta tan dan sebagainya.

 – bar gabung yang tidak boleh berkongsi skala yang sama jika kedua-dua paksi kiri kanan tidak mempunyai nilai yang sama .contohnya paksi kiri ribu tan manakala paksi kanan ribu ringgit dsb

– bar gabung yang tidak boleh berkongsi skala yang sama jika kedua-dua paksi kiri kanan tidak mempunyai nilai yang sama .contohnya paksi kiri dalam juta manakala paksi kanan dalam ribu

– untuk kenalpasti bar gabung, dalam soalan mesti ada ‘dan’.

 – graf garis mesti diplot  di antara bar.

 

3. Perubahan (bar kompaun)

 – Jika soalan peratus perubahan maka nilainya mesti dalam peratus.

 – Jika soalan perubahan nilai maka nilainya mungkin dalam  peratus atau nilai sebenar.

 (bergantung pada soalan yang diberikan atau nilai yang digunakan dalam petikan)

 – Jika soalan perubahan keluasan – nilai sebenar digunakan iaitu hektar

4. Bar Berpasang

 – maklumat yang diberikan mestilah lebih daripada 3 pembolehubah. Contohnya tahun,  3 etnik, jantina dan bilangan orang

5. Bagi soalan struktur tahun 2013 NKRA telahpun keluar jadi sila beri perhatian kepada NKEA ( Bidang Ekonomi Utama Negara) iaitu terdapat 12 bidang kesemuanya.

6. Transformasi kerajaan dan transformasi ekonom iaitu GTP dan ETP pun belum keluar bulat-bulat, jadi berikan perhatian.

SELAMAT MENGHADAPI STPM PENGGAL 2 TAHUN 2014

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Bahan Ceramah PA Penggal 1

CERAMAH DAN TEKNIK MENJAWAB PENGAJIAN AM PENGGAL 1 STPM

PANDUAN MEMBINA ESEI

Peperiksaan Percubaan STPM Baharu yang baru anda hadapi membuktikan bahawa ramai pelajar tidak mahir dalam menjawab soalan esei. Kelemahan dalam menulis  esei merisaukan guru-guru. Hal ini akan mengurangkan markah anda semua. Jadi  diharapkan panduan di bawah ini akan memantapkan esei yang akan anda karang dalam peperiksaan STPM Baharu sebenar.

Langkah pertama ialah para pelajar perlu memahami kehendak soalan. Kesilapan dalam memahami kehendak soalan menyebabkan anda memberikan idea yang tidak relevan yang menyebabkan anda kehilangan banyak markah.

Langkah kedua ialah para pelajar perlu memberi 5 idea. Jika anda memberi lebih daripada 5 idea, ini akan menjejaskan markah anda kerana  karangan anda mungkin lebih panjang.

Langkah ketiga ialah pelajar perlu melihat bentuk soalan.  Bentuk soalan lazimnya meminta – 2 pro + 3 kon, 5 pro ,5 kon. atau 1 + 4 kon. Lihat kata kunci seperti sejauhmanakah, bincangkan, jelaskan dan sebagainya.

Langkah keempat ialah para pelajar harus ingat bahawa penggunaan bahasa yang betul dan tepat amat penting untuk pemberian markah dari segi bahasa. Kesilapan yang berulang dari segi ejaan boleh menjejaskan markah anda. Struktur ayat yang salah juga boleh menjejaskan markah.

Langkah kelima ialah pastikan anda mempunyai idea dalam baris pertama perenggan isi. Ayat untuk huraian janganlah sesuatu yang pendek atau terlalu ringkas menyebabkan ia seolah-olah tergantung. Contoh boleh diberi pada mana-mana huraian. Contoh haruslah tepat atau spesifik. Panjang perenggan yang ideal adalah antara 50-60 patah perkataan. Ingat! Kata berganda dan kata nama dikira sebagai 1.

Perenggan 1:

• Pengenalan – Beri definisi/tafsiran atau konsep berdasarkan soalan di atas.-Jelaskan secara ringkas tetapi tepat dalam 30-40 patah perkataan. Jangan beri idea  utama di sini kerana idea utama tersebut  tidak akan diberi markah.

Perenggan 2,3,4,5 dan 6:

• Idea utama, huraian dan contoh – Baris pertama haruslah ada idea utama di dalamnya. Ayat seterusnya haruslah merupakan huraian yang menjelaskan idea tadi. Beri 3-4 huraian yang bernas. Kemukakan contoh yang relevan. Berilah ayat penegasan dalam baris yang terakhir dalam perenggan tersebut. Perlu ada kesinambungan idea pertama ke idea seterusnya dengan menggunakan perkataan yang sesuai untuk memulakan perenggan anda.

Perenggan 7:

• Perenggan penutup – Anda membuat kesimpulan terhadap keseluruhan dan anda juga boleh memcadangkan sesuatu sekiranya ia bukanlah idea kepada soalan.

Ingat

1. Pembacaan anda haruslah meluas

2. Buat latihan dengan memberi satu jangkaan kepada diri anda

3. “Time” masa anda menjawab supaya anda tidak terbabas dari masa sepatutnya kerana ia akan mengambil masa dari bahagian lain.

4. Baca semula untuk melihat sekiranya ada kesilapan.

Pemarkahan:

Isi = 5m,   Huraian = 15m,  Bahasa=4m  dan  Format =1m JUMLAHNYA : 25 markah

 Karangan Contoh Dan Kehendak Soalan

UMUM

1. Dalam usaha meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan, kebanyakan agensi kerajaan telah menyediakan laman web dan perkhidmatan dalam talian kepada orang ramai. Bincangkan kebaikan perkhidmatan tersebut dan masalah yang mungkin dihadapi oleh pelanggan semasa menggunakannya.

Kehendak :

2. Kegiatan seni budaya tradisional kini semakin tidak mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di negara ini. Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya keadaan tersebut.

Kehendak :

 3. Golongan Orang Kelainan Upaya sering dipinggirkan oleh pelbagai sektor dalam bidang produktiviti. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan keadaan itu berlaku.

Kehendak :

 4. Sikap negatif masyarakat menyebabkan golongan orang kurang upaya sering dipinggirkan dalam bidang pekerjaan produktif. Ulaskan penyataan ini.

Kehendak :

 5.Sikap merendah diri golongan Orang Kurang Upaya (OKU) menjadi pencetus mereka dipinggirkan oleh masyarakat, namun masih terdapat pencetus-pencetus yang lain. Ulaskan.

Kehendak :

 6. Penggunaan kad kredit tidak beretika menimbulkan seribu satu masalah kepada pengguna, akan tetapi penggunaannya secara berhemah membawa manafaat kepada pengguna. Bincangkan

Kehendak :

 7.Makanan suplemen telah menjadi pilihan rakyat pada masa sekarang namun masih ada  rakyat negara kita yang tidak mengambil makanan tersebut. Pengambilan makanan suplemen boleh mendatangkan kesan negative jika tidak mendapat nasihat doktor. Bincangkan.

Kehendak :

 8.Perkembangan Institusi Pendidikan Swasta bergerak seiring dengan perkembangan Institusi Pendidikan Awam di negara kita. Bincangkan perbezaan ciri antara kedua-dua institusi tersebut?

Kehendak :

 9.Bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana muafakat.Bincangkan peribahasa tersebut dalam konteks perpaduan negara?

Kehendak :

 SPESIFIK MENGIKUT TEKS/SUKATAN

1. Kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah bagi menggalakkan tadbir urus yang baik, akauntabiliti dan ketelusan. Huraikan kepentingan ciri-ciri ini.

Kehendak:

2. Pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) terhadap rasuah sebagai satu elemen penting dalam keseluruhan Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang mana beberapa inisiatif teras diambil dalam bidang-bidang pengawalseliaan dan penguatkuasaan dan rasuah besar. Jelaskan penyataan ini.

Kehendak:

3.Beberapa langkah telah pun diambil bagi mengurangkan salah urus pemerolehan, seperti mengadakan tender terbuka dan mengurangkan ketirisan dalam dana yang diperuntukkan bagi pembangunan dan pentadbiran awam negara serta sentiasa memastikan keadilan dalam pemberian kontrak. Sejauhmanakah anda bersetuju langkah-langkah ini dapat membendung rasuah di negara ini.

Kehendak:

4.Integrasi nasional, perpaduan negara dan Hari Malaysia hanya membawa erti sekiranya didokong oleh demokrasi dan prinsip keadilan. Huraikan kepentingan prinsip demokrasi dan keadilan kepada masyarakat majmuk di Malaysia.

Kehendak:

5. Bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa rasmi dan kebangsaan negara. Namun pada masa yang sama bahasa-bahasa lain yang digunakan oleh bangsa-bangsa lain di Malaysia, bebas digunakan seperti bahasa Mandarin oleh orang Cina dan bahasa Tamil oleh orang India. Pada pendapat apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu?

Kehendak:

6.Sumber manusia yang senantiasa mengamalkan budaya kerja yang dinamik, beretika dan cemerlang adalah merupakan suatu keperluan yang perlu diterap dalam organisasi tidak kira awam mahupun swasta. Pendekatan ini memerlukan bukan sahaja sumber manusia atau pekerja yang berkebolehan dan berkemahiran tetapi juga pekerja yang senantiasa bersedia memperbaiki diri bagi mencapai kecemerlangan organisasi yang diwakilinya. Huraikan penyataan ini.

Kehendak:

7.Selaras dengan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan, sektor awam perlu menjadi lebih kreatif dan inovatif bagi menjana idea-idea dan strategi baru untuk terus meningkatkan perkhidmatan mereka.  Bincangkan langkah-langkah untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan di sektor awam.

Kehendak:

8. “Satu Malaysia:  Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan” merupakan slogan pentadbiran baru di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang menjadi Perdana Menteri Malaysia. Pada pendapat anda bagaimanakah slogan ini dapat direalisasikan.

Kehendak:

9. Meneruskan agenda besar kerajaan untuk membasmi kemiskinan, menstrukturkan semula masyarakat Malaysia, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti untuk semua, serta meniupkan semangat sebuah generasi baru untuk menumpah khidmat kepada Malaysia adalah antara inisiatif kerajaan untuk meletakkan Malaysia di arena antarabangsa. Jelaskan penyataan ini.

Kehendak:

10. Potensi golongan anak muda hendaklah dibangunkan setinggi-tingginya kerana merekalah generasi pewaris bakal pendidik, doktor, peguam, akauntan, saintis, jurutera, tokoh perniagaan, cerdik pandai dan saf pemimpin masa depan. Bincangkan sejauhmanakah potensi golongan muda dapat ditingkatkan.

Kehendak:

TEKNIK MENJAWAB SOALAN STRUKTUR

TEKNIK-TEKNIK MENJAWAB SOALAN STRUKTUR PENGAJIAN AM STPM BAHARU

A. Memberi jawapan yang ringkas dan tepat.

• Jangan mengulangi ayat dalam soalan.

• Terus menulis jawapan yang dikehendaki.

B. Memberi jawapan mengikut kehendak soalan.

• Jangan memberi jawapan yang tidak berkaitan dengan kehendak soalan.

• Baca soalan dengan teliti dan gariskan/bulatkan maklumat yang penting.

C. Menggunakan istilah -istilah yang betul.

• Jangan menggunakan istilah-istilah yang salah.

• Harus menggunakan istilah yang betul.

D. Jangan ulangi idea

  • calon jangan ulang idea walaupun menggunakan perkataan lain

E. Jawab mengikut markah “

  • Nyatakan……..2 m, maka dua idea sahaja tanpa huraian
  • Jelaskan………2 m, maka satu idea dan satu huraian
  • Huraikan……..4 m, maka dua idea dan dua huraian

Bagaimanapun terpulang pada soalan, berapakah bilangan idea yang dikehendaki.

Disediakan oleh:

Dr R Dhanapal

Guru Cemerlang Pengajian Am

 

 

 

 

 

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Memilih Kerjaya

Memilih kerjaya adalah penting bagi setiap pelajar. Kerajaan telah menyenaraikan beberapa bidang dalam NKEA. Pelajar-pelajar yang mengambil STPM mengikut kriteria kerjaya ini pasti anda akan memperoleh pekerjaaan dengan mudah di negara ini, Bagi pelajar tingkatan 6 bawah pilihlah pakej STPM sekolah anda mengikut senarai bidang di bawah ini. Antaranya:

1. Gas, Minyak dan Petroleum

2. Minyak Kelapa Sawit

3. Pertanian

4. Penjagaan Kesihatan

5. Pelancongan

6. Elektrik dan Elektronik

7. Pemborongan dan Peruncitan

8. Pendidikan 

9. Perkhidmatan Perniagaan

Untuk keterangan lanjut sila baca buku Pengajian Am terbitan Ace Ahead dan Local Publications

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Mengapakah STPM lebih baik?

STPM menjadi pilihan banyak pelajar pada masa sekarang kerana:

1. diiktiraf oleh antarabangsa

2.Terbuka kepada semua lepasan SPM

3.Tempoh pengajian 18 bulan (3 semester)

4. Bebas memilih pakej yang disediakan oleh sekolah. Pelajar boleh mengambil minimum 4 dan maksimum 5 subjekMuet untuk masuk ke semua IPTA dan IPTS di Malaysia adalah wajib. Sekolah juga sediakan MUET percuma. Di sesetengah IPTS peperiksaan bahasa Inggeris seperti TOEFL, IELTS dsb pelajar perlu balajar sendiri dan bayar sendiri.

5.Pentaksiran berpusat dan sekolah. Jadi kurang penekanan atau berorientasikan peperiksaan.

6. Subjek yang keputusannya tidak memuaskan, pelajar boleh mengulang di akhir penggal 3. Ini bermaksud pelajar mempunyai masa untuk mengulangkaji.

7. Sekolah berdekatan dengan rumah. Yuran sekolah dihapuskan. Baucar RM250.00 disediakan oleh kerajaan. Wang ini memang mencukupi untuk membeli buku rujukan

8. Boleh memohon lebih 8 universiti tempatan mengikut cita rasa pelajar.

 

5.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Siri Karangan 4

Soalan-soalan penting Penggal 2 Tahun 2014 (SOALAN HOTS)

1. Malaysia menghadapi pelbagai cabaran untuk mencapai status negara maju. Bincangkan

2.Walaupun pelbagai langkah diambil oleh kerajaan untuk membendung kebanjiran pekerja asing di negara kita, namun Malaysia gagal menanganinya. Bincangkan

3.Pelbagai isu yang mebeliti negara menunjukkan bahawa negara kita masih lemah dalam penguatkuasaan dasar dan undang-undang tertentu. Huraikan.

4.Malaysia sentiasa dituduh sebagai hub pengedaran dadah yang besar di rantau ini. Langkah-langkah wajar perlu diambil segera sebelum masalah ini menjadi lebih kronik. Ulaskan penyataan ini.

5.Penyelewengan yang semakin meluas seperti dibuktikan oleh laporan Ketua Audit Negara memperlihatkan kerajaan khususnya beberapa agensi masih tidak berakauntabiliti dan berintegriti terhadap pelaksanaan prosedur dan dasar. Huraikan

6.Kedaulatan bangsa sesebuah negara bergantung pada perubahan minda rakyatnya. Jelaskan penyataan ini dengan merujuk kepada Malaysia

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Siri Karangan 3

Soalan-soalan karangan untuk renungan

  1. Penghayatan dan amalan terhadap prinsip-prinsip rukun negara boleh mewujudkan kemajuan dan keharmonia dalam nrgara. Bincangkan.

    2. Pembangunan pendidikan merupakan salah satu agenda untuk mewujudkan perpaduan negara. Oleh itu, pelbagai strategi                 memperkasakna pendidikan negara telah dilaksanakan. Ulaskan pernyataan berikut.

    3. Pembentukan gagasan 1Malaysia adalah amat penting bagi melaksanakan hasrat mewujudkan masyarakat bersatu                           padu.Huraikan bagaimana gagasan tersebut boleh menjayakan objektif di atas.

 

  1. Kepelbagaian bentuk sosial dan budaya yang diamalkan oleh masyarakat di Malaysia seharusnya menjadi penggalak unsur perpaduan negara. Huraikan bagaimana budaya boleh mendatangkan manfaat kepada masyarakat Malayasia.

 

  1. Kewujudan golongan merempat atau kutu rayau di bandar-bandar member kesan yang buruk kepada negara. Bincangkan punca dan kesan kewujudan golongan ini di negara kita .

 

  1. Berbagai-bagai dasar ekonomi telah dilaksanakan  oleh kerajaan untuk pembangunan negara namun kita tidak menafikan bahawa wujud implikasi negatif tertentu kepada rakyat. Bincangkan sebab dan implikasi tersebut kepada rakyat dan negara.

 

  1. Prasarana bersifat kebajikan sentiasa diberi keutamaan oleh kerajaan. Bagaimanapun, prasarana ini sukar diwujudkan kerana menelan kos yang tinggi untuk kepentingan prasarana bentuk kebajikan.

 

  1. Walaupun ekonomi merupakan salah satu indikator kerajaan, namun indikator-indikator ini tidak harus diketepikan. Bincangkan.

 

  1. Cabaran ketujuh dalam Wawasan 2020 adalah mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya penyayang. Jelaskan keadaan yang mencetuskan hasrat kerajaan untuk membentuk masyarakat penyayang dan budaya penyayang.(STPM 2013)

   10. Golongan gelandangan yang membanjiri bandar-bandar utama di negara ini semakin meningkat. Usaha tertentu perlu                         dilakukan bagi menangani gelaja tersebut. Ulaskan. (STPM 2013)

 (Sumber soalan daripada Ace Ahead dan LP serta STPM)

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Siri Karangan 2

Teknik Memahami dan Rangka Karangan

A.Walaupun Malaysia memerlukan pekerja asing, Malaysia sentiasa  mengutamakan keperluan menentang sebarang salah laku mereka di negara ini. Huraikan.

Kehendak soalan :-sebab-sebab menentang salah laku pekerja asing

1.Menjaga kepentingan  ekonomi negara

2.Mengekalkan kedaulatan negara

3.Menjamin keselamatan negara

4.Memelihara hak warga negara

5.Mencemari sosiobudaya rakyat tempatan

 

B. Dalam usaha kerajaan menarik pelaburan syarikat-syarikat asing ke negara ini, kerajaan  tidak boleh mengetepikan implikasi buruk yang datang bersamanya. Huraikan.

Kehendak soalan :- kesan-kesan buruk akibat pelaburan syarikat asing

1.saingan kepada firma tempatan

2.persaingan kepada pekerja tempatan

3.menjejaskan sosiobudaya tempatan

4.pencemaran alam sekitar

5.bermotifkan keuntungan/bersifat eksploitasi

 

 

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Siri Karangan 1

Berikut adalah karangan-karangan yang telah dibincangkan bersama pelajar sewaktu ceramah. Tajuk-tajuk karangan ini dibincangkan untuk mencari idea dan diterangkan bagaimana calon memahami kehendak soalan.Soalan-soalan ini bukan merupakan ramalan. Cuma untuk dibincangkan untuk mengetahui teknik menjawab sahaja

SOALAN PENTING 1

Banyak usaha telah dan sedang dijalankan untuk melestarikan alam bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Nyatakan pendapat anda.

Pendahuluan

– pelbagai usaha dijalankan untuk melestarikan alam sekitar

– alam sekitar yang bersih menjadikan hidup kita sihat.

– semua orang bertanggungjawab menjaga kelestarian alam sekitar.

Idea1 Pengurangan tenaga fosil dan digantikan dengan tenaga altenatif

h1 tenaga fosil seperti petrol, disel, arang batu, kayu apabila terbakar akan membebaskan jelaga seperti asap, debu, karbon dioksida dan “Kloro floro Karbon atau CFC ).

h2 pembebasan jalaga yang banyak tidak dapat diserap oleh tumbuh-tumbuhan sepenuhnya ( karbon dioksida ), dan bakinya diserap oleh manusia dan alam. Keaadaan ini menjejaskan kesihatan manusia dan mencemarkan alam sekitar

h3 sebaliknya tenaga altenatif ; bahan api alam seperti suria, ombak, kilat, biomas, angin, hidro apabila dijana tidak meninggalkan jelaga dan bersih, dan paling penting melestarikan alam sekitar.

Idea2 Amalkan amalan kitar semula bahan buangan ( 3 R )

h1 Kegiatan hidup manusia menghasilkan pelbagai “sampah” yang menjadikan bumi sarat dengan bahan buangan seperti

bahan plastik, kertas, sisa pepejal, sisa toksid berjadual dan…

h2 apabila kitar semula akan mengurang jumlah sampah semasa di tapak pelupusan, kurangkan pembakaran terbuka dan air sampah  tidak mengalir ke sistem perparitan akan menghalang pencemaran.

h3 pelbagai kebaikan apabila amalkan kitar semula.

idea3 Penggunaan teknologi hijau dalam industri pertanian

h1 Industri pertanian konvesional banyak menggunakan bahan kimia (baja, racun, pemprosesan  sila cari sendiri) yang mencemarkan alam, memutuskan rantaian makanan haiwan, mejejaskan ekosistem

h2 Penggunaan baja organik ( bakteria baik ) dan kawalan biologi ke atas musuh tanaman pertanian. Contoh baja organik mempunyai kandungan kimia semula jadi ( nitrogen, posferus dan kalium @ NPK ) menyuburkan tanaman sama seperti baja kimia,  penggunaan burung hantu, itik, katak untuk memakan serangga.

Idea 4 Pemuliharaan hutan

h1 pembalakan yang melampau menyebabkan alam menjadi panas, tanah tinggi menjadi gondol, hakisan dan luluhawa fizikal dan kimia yang melampau menyebabkan cuaca terlalu (extrem)

h2 Habitat flora dan fauna musnah, rantaian makanan hilang dan bekalan udara segar hilang (oksigen hasil daripada froses fotosintesis berlaku dalam kadar minima kerana ketiadaan hutan ).

h3 tanam semula pokok balak, kurangkan pembalakan, wujudkan hutan simpan dapat melestarikan alam sekitar.

* tambah contoh-contoh yang sesuai)

Kesimpulan

– perubahan sikap yang manusia positif akan  meningkatkan kualiti alam  sekitar dan kelangsungan hidup manusia.

– kerjasama semua pihak perlu untuk melestarikan alam sekitar untuk generasi akan datang.

Skema 5+0

 

SOALAN PENTING 2

Penyumbang utama penyakit kardiovaskular ialah arteriosklerosis iaitu gumpalan lemak yang terkumpul dalam saluran darah. Jelaskan punca berlaku penyakit kardiovaskular dan cadangkan langkah-langkah pencegahan yang efektif.

 Pengenalan:

Penyakit kardiovaskular merupakan antara pembunuh utama masyarakat Malaysia. Amalan gaya hidup seseorang dikatakan faktor penyumbang penyakit ini.

 Punca:

1. Amalan pemakanan / diet

Pemakanan yang tidak seimbang, kandungan lemak, kolesterol, gula tinggi. Darah pekat, arteri / salur darah tersumbat. Memberi tekanan kepada jantung – menjadi lemah. Kekurangan oksigen ke otak – menyebabkan strok.

2. Obesiti

Keupayaan jantung mengepam darah terbatas kerana kandungan kolesterol berlebihan di arteri. Memaksa jantung bekerja keras untuk menghantar darah ke seluruh badan. Kegagalan jantung gagal mengepam darah menyebabkan angina ahmar/strok.

3. Gaya hidup

Pengambilan alkohol, merokok mengganggu fungsi jantung. Nikotin / tar dalam rokok akan mempercepatkan proses pengumpulan lemak di arteri – menyempitkan saluran darah dan menyebabkan denyutan jantung laju.

Kurang bersenam – sistem badan menjadi lemah dan organ dalaman tidak dapat berfungsi dengan sempurna.

4. Pemeriksaan / rawatan

Pemeriksaan awal tidak dilakukan. Tidak mengetahui tanda awal / diagnosis penyakit. – kes berlanjutan menyebabkan strok

5. Tekanan / stress

Tekanan kerja menyebabkan perubahan hormon- berlaku ketidakseimbangan dalam rutin harian, contoh amalan pemakanan akan berubah . Tidak mengimbangi stress dengan kaedah renggangan seperti bersenam – Menyebabkan serangan neurosis dan psikosis .Langkah

6. Diet yang seimbang

Pengambilan makanan yang sihat dan seimbang- makanan berkhasiat yang diperlukan untuk membina sistem badan yang dapat mengurang risiko jangkitan penyakit.

7. Amalan gaya hidup sihat

Menjauhi amalan merokok, pengambilan alkohol. Melakukan senaman atau pergerakan psikomotor, rekreasi.

8. Rawatan berkala

Mendapatkan rawatan untuk mengesan tanda-tanda awal / diagnosis penyakit. Dapat mengelakkan serangan tahap kritikal.

Kesimpulan:

Diet yang seimbang dan amalan hidup yang positif mampu mencegah penyakit ini

 

skema : 2 punca + 3 langkah atau 3 punca + 2 langkah

 

SOALAN PENTING 3

 

Model Baru Ekonomi ( MBE ) yang menggantikan Dasar Ekonomi Baru menjadi pemacu utama ekonomi negara Malaysia untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi. Jelaskan langkah-langkah yang sesuai untuk mencapai matlamat tersebut.

 

Pendahuluan

A1 – Model Ekonomi Baru ( MBE ) merupakan salah satu Program Transformasi Kerajaan Malaysia (GTP) dalam usaha kerajaan memantapkan ekonomi negara sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

A2 – Pelbagai langkah sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia untuk mencapai cita-cita tersebut.

 Idea 1 Meningkatkan taraf pendidikan tenaga kerja di Malaysia.

 H1 – Melalui penambahbaikan sistem pendidikan, tenaga kerja mahir negara boleh ditingkatkan daripada 30 peratus pada masa sekarang kepada 60 peratus menjelang tahun 2020.

H2 – Melalui GTP, bilangan sekolah Vokasional, sekolah teknik, politeknik dan pengajian lanjutan ditambah dua kali ganda.

H3 – Latihan dan kursus kemahiran berterusan mampu menjana pendapatan tambahan melalui reka cipta dan inovasi.

 Idea 2 Penggunaan sumber ekonomi yang berdaya saing

 H1 – Sumber atau modal dalam ekonomi bukan dalam bentuk wang, tanah dan ushawan sahaja tetapi kebolehan menguasai dan memanipulasi maklumat melalui media baru seperti internet membolehkan rakyat Malaysia bersaing dalam pasaran ekonomi global, seperti kejayaan Petronas.

H2 – Kebolehan rakyat Malaysia menentukan peningkatan produktiviti dan peningkatan ketara dalam Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) bermakna peningkatan pendapatan empat hingga lima kali ganda menjelang tahun 2020.

H3 – Misalnya keluasan tanah untuk aktiviti pertanian pada masa akan datang cukup terhad boleh digantikan tanam fertigasi yang menjanjikan pulang tinggi dengan kos yang minima.

 Idea 3 Mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing

 H1 – menjelang tahun 2015 hanya buruh mahir asing sahaja diberi keutamaan untuk bekerja di Malaysia.

H2 – Syarikat-syarikat koprat dan kilang-kilang yang beroperasi di negara kita mengutamakan rakyat tempatan. Ini bukan sahaja meningkatkan pendapatan tetapi mengurang masalah social yang dicetuskan oleh pekerja-pekerja asing.

 Idea 4 Mengurangkan kadar jenayah melalui Strategi Lautan Biru

 H1 – Strategi ini dicapai melalui kerjasama antara Polis Diraja Malaysia dengan lain-lain agensi penguatkuasaan undang-undang seperti Angkatan Tentera Malaysia, Maritim, SPRM, Pihak Berkuasa Tempatan.

H2 – Kewujudan Bandar selamat dan bebas jenayah adalah ciri sebuah Negara berpendapatan tinggi.

 

 Idea 5 Kompetensi sistem penyampaian kerajaan

 H1 – Memperkasa modal pembangunan insan melalui latihan kemahiran yang berterusan dalam kalangan penjawat awam.

H2 – mengurangan ketirisan dalam sistem penyampaian kerajaan, rasuan dan penyalahgunaan kuasa.

Kesimpulan

A1 – Program Transformasi Kerajaan yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia mampu mencapai matlamat Wawasan 2020 sebagai sebuah negara maju.

A2- Hal ini sudah tentu membantu rakyat menikmati kesejahteraan hidup, keamanan, bebas jenayah dan berpendapatan tinggi.

Skema 5+ 0

 

KARANGAN PERBINCANGAN UMUM

1.Antara tujuan kerajaan menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat atau hub produk halal ialah membantu memacu pertumbuhan ekonomi negara. Jelaskan penyataan tersebut.

 2.Kewujudan laman sosial seperti  “facebook”, “twitter” dan blog sebagai medium komunikasi telah membolehkan masyarakat menghantar dan menerima maklumat dengan cepat. Namun, kemudahan ini telah disalahgunakan oleh pelbagai pihak. Bincangkan.

3.Para sainstis dunia berjaya mengemukakan berbagai-bagai pandangan mereka ke arah teknologi hijau dalam menghasilkan sumber tenaga alternatif  untuk menyelamatkan kelestarian hidup manusia dan alam. Kemukakan pendapat anda tentang  keistimewaan sumber tenaga altenatif.

4.Pembudayaan teknologi hijau di Malaysia amat penting untuk kelestarian hidupan. Jelaskan.

5.​Hipertensi, diabetis dan lemah jantung antara penyakit paling umum dihidapi ramai. Kebimbangan terhadap pembunuh senyap ini dipengaruhi oleh beberapa faktor. Justeru, penyakit yang menyebabkan kesengsaraan hidup dan meragut nyawa itu harus dicegah. Bincangkan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Ceramah dan teknik menjawab Pengajian Am di SMK Bukit Mertajam

Satu lagi ceramah dan teknik menjawab telah diadakan di Dewan SMK Bukit Mertajam pada 24 April 2014 (Khamis)

Puan Pengetua SMK BM telah menjemput saya ke sekolah beliau. Ini merupakan kali yang kelima saya dijemput ke sekolah tersebut. saya sudi menerima jemputan mereka kerana saya pernah bertugas di sekolah ini sebagai PK KOKO sebelum dilantik menjadi guru cemerlang di High School BM. Ceramah dimulakan dengan ucapan ringkas daripada Pn Tan Bee Liang PK Tingkatan Enam. Semua guru PA iaitu En. Mohd Azam, En Leong, Pn Tan dan Pn Ei Lean turut hadir dan bertanya pelbagai soalan untuk membantu anak didik mereka. Saya bersyukur kerana saya difahamkan sejak ceramah-ceramah saya,,keputusan peperiksaan PA di sekolah ini meningkat. Saya berharap keputusan pelajar terus meningkat. Ceramah yang mengambil masa selama 3 jam tanpa berhenti rehat diakhiri dengan pengajuan pelbagai soalan daripada guru dan pelajar. Antara tip yang ditekankan akan dimuatkan dalam posting akan datang

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Ceramah dan Teknik Menjawab Pengajian Am di HSBM

Satu ceramah dan teknik menjawab telah diadakan di High School Bukit Mertajam pada 18 April 2014 (Jumaat).

Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian Tuan Pengetua Cemerlang En. Khalikul Zaman Mohd Sheriff. Beliau menekankan betapa pentingnya subjek ini untuk masuk ke IPT. Oleh sebab ini merupakan perjumpaan sulung beliau dengan pelajar, maka beliau telah berkongsi pelbagai pengetahuan dan pengalaman beliau. Ini disusuli dengan ceramah oleh Dr R Dhanapal guru cemerlang pengajian Am selama 2 jam. Antara tip yang ditekankan dalam ceramah ini akan dimuatkan dalam posting akan datang.

Posted in Uncategorized | Leave a comment