Bahan Ceramah PA Penggal 1

CERAMAH DAN TEKNIK MENJAWAB PENGAJIAN AM PENGGAL 1 STPM

PANDUAN MEMBINA ESEI

Peperiksaan Percubaan STPM Baharu yang baru anda hadapi membuktikan bahawa ramai pelajar tidak mahir dalam menjawab soalan esei. Kelemahan dalam menulis  esei merisaukan guru-guru. Hal ini akan mengurangkan markah anda semua. Jadi  diharapkan panduan di bawah ini akan memantapkan esei yang akan anda karang dalam peperiksaan STPM Baharu sebenar.

Langkah pertama ialah para pelajar perlu memahami kehendak soalan. Kesilapan dalam memahami kehendak soalan menyebabkan anda memberikan idea yang tidak relevan yang menyebabkan anda kehilangan banyak markah.

Langkah kedua ialah para pelajar perlu memberi 5 idea. Jika anda memberi lebih daripada 5 idea, ini akan menjejaskan markah anda kerana  karangan anda mungkin lebih panjang.

Langkah ketiga ialah pelajar perlu melihat bentuk soalan.  Bentuk soalan lazimnya meminta – 2 pro + 3 kon, 5 pro ,5 kon. atau 1 + 4 kon. Lihat kata kunci seperti sejauhmanakah, bincangkan, jelaskan dan sebagainya.

Langkah keempat ialah para pelajar harus ingat bahawa penggunaan bahasa yang betul dan tepat amat penting untuk pemberian markah dari segi bahasa. Kesilapan yang berulang dari segi ejaan boleh menjejaskan markah anda. Struktur ayat yang salah juga boleh menjejaskan markah.

Langkah kelima ialah pastikan anda mempunyai idea dalam baris pertama perenggan isi. Ayat untuk huraian janganlah sesuatu yang pendek atau terlalu ringkas menyebabkan ia seolah-olah tergantung. Contoh boleh diberi pada mana-mana huraian. Contoh haruslah tepat atau spesifik. Panjang perenggan yang ideal adalah antara 50-60 patah perkataan. Ingat! Kata berganda dan kata nama dikira sebagai 1.

Perenggan 1:

• Pengenalan – Beri definisi/tafsiran atau konsep berdasarkan soalan di atas.-Jelaskan secara ringkas tetapi tepat dalam 30-40 patah perkataan. Jangan beri idea  utama di sini kerana idea utama tersebut  tidak akan diberi markah.

Perenggan 2,3,4,5 dan 6:

• Idea utama, huraian dan contoh – Baris pertama haruslah ada idea utama di dalamnya. Ayat seterusnya haruslah merupakan huraian yang menjelaskan idea tadi. Beri 3-4 huraian yang bernas. Kemukakan contoh yang relevan. Berilah ayat penegasan dalam baris yang terakhir dalam perenggan tersebut. Perlu ada kesinambungan idea pertama ke idea seterusnya dengan menggunakan perkataan yang sesuai untuk memulakan perenggan anda.

Perenggan 7:

• Perenggan penutup – Anda membuat kesimpulan terhadap keseluruhan dan anda juga boleh memcadangkan sesuatu sekiranya ia bukanlah idea kepada soalan.

Ingat

1. Pembacaan anda haruslah meluas

2. Buat latihan dengan memberi satu jangkaan kepada diri anda

3. “Time” masa anda menjawab supaya anda tidak terbabas dari masa sepatutnya kerana ia akan mengambil masa dari bahagian lain.

4. Baca semula untuk melihat sekiranya ada kesilapan.

Pemarkahan:

Isi = 5m,   Huraian = 15m,  Bahasa=4m  dan  Format =1m JUMLAHNYA : 25 markah

 Karangan Contoh Dan Kehendak Soalan

UMUM

1. Dalam usaha meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan, kebanyakan agensi kerajaan telah menyediakan laman web dan perkhidmatan dalam talian kepada orang ramai. Bincangkan kebaikan perkhidmatan tersebut dan masalah yang mungkin dihadapi oleh pelanggan semasa menggunakannya.

Kehendak :

2. Kegiatan seni budaya tradisional kini semakin tidak mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di negara ini. Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya keadaan tersebut.

Kehendak :

 3. Golongan Orang Kelainan Upaya sering dipinggirkan oleh pelbagai sektor dalam bidang produktiviti. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan keadaan itu berlaku.

Kehendak :

 4. Sikap negatif masyarakat menyebabkan golongan orang kurang upaya sering dipinggirkan dalam bidang pekerjaan produktif. Ulaskan penyataan ini.

Kehendak :

 5.Sikap merendah diri golongan Orang Kurang Upaya (OKU) menjadi pencetus mereka dipinggirkan oleh masyarakat, namun masih terdapat pencetus-pencetus yang lain. Ulaskan.

Kehendak :

 6. Penggunaan kad kredit tidak beretika menimbulkan seribu satu masalah kepada pengguna, akan tetapi penggunaannya secara berhemah membawa manafaat kepada pengguna. Bincangkan

Kehendak :

 7.Makanan suplemen telah menjadi pilihan rakyat pada masa sekarang namun masih ada  rakyat negara kita yang tidak mengambil makanan tersebut. Pengambilan makanan suplemen boleh mendatangkan kesan negative jika tidak mendapat nasihat doktor. Bincangkan.

Kehendak :

 8.Perkembangan Institusi Pendidikan Swasta bergerak seiring dengan perkembangan Institusi Pendidikan Awam di negara kita. Bincangkan perbezaan ciri antara kedua-dua institusi tersebut?

Kehendak :

 9.Bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana muafakat.Bincangkan peribahasa tersebut dalam konteks perpaduan negara?

Kehendak :

 SPESIFIK MENGIKUT TEKS/SUKATAN

1. Kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah bagi menggalakkan tadbir urus yang baik, akauntabiliti dan ketelusan. Huraikan kepentingan ciri-ciri ini.

Kehendak:

2. Pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) terhadap rasuah sebagai satu elemen penting dalam keseluruhan Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang mana beberapa inisiatif teras diambil dalam bidang-bidang pengawalseliaan dan penguatkuasaan dan rasuah besar. Jelaskan penyataan ini.

Kehendak:

3.Beberapa langkah telah pun diambil bagi mengurangkan salah urus pemerolehan, seperti mengadakan tender terbuka dan mengurangkan ketirisan dalam dana yang diperuntukkan bagi pembangunan dan pentadbiran awam negara serta sentiasa memastikan keadilan dalam pemberian kontrak. Sejauhmanakah anda bersetuju langkah-langkah ini dapat membendung rasuah di negara ini.

Kehendak:

4.Integrasi nasional, perpaduan negara dan Hari Malaysia hanya membawa erti sekiranya didokong oleh demokrasi dan prinsip keadilan. Huraikan kepentingan prinsip demokrasi dan keadilan kepada masyarakat majmuk di Malaysia.

Kehendak:

5. Bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa rasmi dan kebangsaan negara. Namun pada masa yang sama bahasa-bahasa lain yang digunakan oleh bangsa-bangsa lain di Malaysia, bebas digunakan seperti bahasa Mandarin oleh orang Cina dan bahasa Tamil oleh orang India. Pada pendapat apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu?

Kehendak:

6.Sumber manusia yang senantiasa mengamalkan budaya kerja yang dinamik, beretika dan cemerlang adalah merupakan suatu keperluan yang perlu diterap dalam organisasi tidak kira awam mahupun swasta. Pendekatan ini memerlukan bukan sahaja sumber manusia atau pekerja yang berkebolehan dan berkemahiran tetapi juga pekerja yang senantiasa bersedia memperbaiki diri bagi mencapai kecemerlangan organisasi yang diwakilinya. Huraikan penyataan ini.

Kehendak:

7.Selaras dengan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan, sektor awam perlu menjadi lebih kreatif dan inovatif bagi menjana idea-idea dan strategi baru untuk terus meningkatkan perkhidmatan mereka.  Bincangkan langkah-langkah untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan di sektor awam.

Kehendak:

8. “Satu Malaysia:  Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan” merupakan slogan pentadbiran baru di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang menjadi Perdana Menteri Malaysia. Pada pendapat anda bagaimanakah slogan ini dapat direalisasikan.

Kehendak:

9. Meneruskan agenda besar kerajaan untuk membasmi kemiskinan, menstrukturkan semula masyarakat Malaysia, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti untuk semua, serta meniupkan semangat sebuah generasi baru untuk menumpah khidmat kepada Malaysia adalah antara inisiatif kerajaan untuk meletakkan Malaysia di arena antarabangsa. Jelaskan penyataan ini.

Kehendak:

10. Potensi golongan anak muda hendaklah dibangunkan setinggi-tingginya kerana merekalah generasi pewaris bakal pendidik, doktor, peguam, akauntan, saintis, jurutera, tokoh perniagaan, cerdik pandai dan saf pemimpin masa depan. Bincangkan sejauhmanakah potensi golongan muda dapat ditingkatkan.

Kehendak:

TEKNIK MENJAWAB SOALAN STRUKTUR

TEKNIK-TEKNIK MENJAWAB SOALAN STRUKTUR PENGAJIAN AM STPM BAHARU

A. Memberi jawapan yang ringkas dan tepat.

• Jangan mengulangi ayat dalam soalan.

• Terus menulis jawapan yang dikehendaki.

B. Memberi jawapan mengikut kehendak soalan.

• Jangan memberi jawapan yang tidak berkaitan dengan kehendak soalan.

• Baca soalan dengan teliti dan gariskan/bulatkan maklumat yang penting.

C. Menggunakan istilah -istilah yang betul.

• Jangan menggunakan istilah-istilah yang salah.

• Harus menggunakan istilah yang betul.

D. Jangan ulangi idea

  • calon jangan ulang idea walaupun menggunakan perkataan lain

E. Jawab mengikut markah “

  • Nyatakan……..2 m, maka dua idea sahaja tanpa huraian
  • Jelaskan………2 m, maka satu idea dan satu huraian
  • Huraikan……..4 m, maka dua idea dan dua huraian

Bagaimanapun terpulang pada soalan, berapakah bilangan idea yang dikehendaki.

Disediakan oleh:

Dr R Dhanapal

Guru Cemerlang Pengajian Am

 

 

 

 

 

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s