Penderhakaan Terhadap Raja Satu Tindakan Biadab

Semua harus ingat bahawa Malaysia menggunakan sistem kerajaan beraja. Maksudnya Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Demokrasi negara diperuntukkan dalam perlembagaan dengan beberapa batasan. Kita harus menggunakan saluran yang betul untuk meluahkan segala ketidak puasan kepada kerajaan. Berhimpun secara haram ataupun memfitnah kerajaan, pemimpin atau ketua negara dalam media sosial seperti internet, blog, facebook dan sebagainya adalah salah di sisi undang-undang negara dan salah etika dan integriti kita sebagai rakyat Malaysia yang cinta akan keamanan dan keharmonian Malaysia.

Banyak negara di dunia ini masih mengamalkan kerajaan beraja. Kerajaan beraja bermaksud ketua negara tersebut mestilah seorang raja. Sistem raja ini bukan satu sistem yang lahir dalam satu dua dekad. Tetapi kita warisi sistem ini sejak beberapa kurun. Di Malaysia daripada sistem Kesultanan Melayu Melaka hingga sekarang kita masih menggunakan sistem beraja ini. Penderhakaan terhadap raja dianggap sebagai satu kesalahan yang boleh dihukum melalui peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Dalam bahasa Perancis terdapat satu istilah dipanggil lese majeste. Maksudnya kesalahan mencemarkan kedaulatan institusi raja. Negara Brunei, Thailand,Oman,Qatar,Arab Saudi, Swaziland, Kuwait, Jordan, Jepun, United Kingdom, Belanda, Norway, Sepanyol, Denmark dan Malaysia, antara 43 buah negara yang masih mengamalkan sistem insitusi raja. Penderhakaan terhadap lagu Negaraku, Jalur Gemilang dan Bahasa Melayu juga dianggap sebagai penderhakaan kepada negara. Di Malaysia, tindakan undang-undang terhadap penderhaka tidak begitu tegas dan serius. Ada sesetengah negara seperti Thailand, sesiapa yang menderhaka raja, sudah pasti mereka akan dipenjarakan.Di Malaysia baru-baru ini seorang wanita menghina institusi raja dalam Facebook. Bagaimanapun  dia telah ditahan untuk disoal siasat. Jadi adalah harapan kita, bahawa setiap penulisan atau lisan yang mengungkapkan sebarang pendapat atau idea mengenai raja, pemimpin, negara, bangsa atau agama hendaklah lebih berhati-hati. Jangan nanti sebab pulut, santan binasa dan sebab mulut badan binasa.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s