STPM SETARA DENGAN DIPLOMA

Salah satu hasil pencapaian Program Transformasi Negara dalam sektor pendidikan ialah memperkenalkan sistem pentaksiran STPM yang baharu atau lebih dikenali sebagai STPM MODULAR. Mengikut sistem ini pengajian STPM dibahagikan kepada 3 penggal dan pelajar-pelajar akan menduduki peperiksaan pada penghujung setiap penggal. Sistem modular ini adalah sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan.

Sistem Modular ini mendapat sambutan daripada pelbagai pihak kerana sistem ini menitikberatkan pendidikan berasaskan hasil kerja dan tidak terlalu berorientasikan peperiksaan. Malah pelajar-pelajar lebih fokus mengikuti pembelajaran dan mempunyai ruang dan luang yang mencukupi untuk memperbaiki keputusan pada akhir penggal ketiga. Apabila calon mengulangi peperiksaan, maka keputusan yang terbaik akan tercatat  sebagai pencapaian bagi subjek berkenaan.dalam CGP mereka. Dengan ini keupayaan sebenar seseorang calon dapat dikenal pasti.

PNGK STPM tahun 2012 telah meningkat daripada 2.22 kepada 2.24.Senario ini jelas menunjukkan bahawa mutu calon kita yang menduduki STPM semakin baik dan berkualiti. Dengan yang demikian peluang untuk pelajar kita masuk ke alam pekerjaan dan ke IPT semakin cerah. Jadi tibalah masa untuk KPM mengiktiraf sijil STPM ini setara dengan peringkat Diploma.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s