PEMBENTANGAN TOPIK PENGAJIAN AM DALAM BILIK DARJAH

ELEMEN-ELEMEN PEMBENTANGAN TAJUK PENGAJIAN AM DALAM KALANGAN PELAJAR PRA U ATAS:
SIGNIFIKANNYA TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM BILIK DARJAH

Kajian-kajian mengenai pembentangan seminar bagi subjek Pengajian Am di bilik darjah jarang dilakukan di negara ini. Pelajar-pelajar yang membentangkan kertas kerja atau topik pembelajaran sering menghadapi masalah apabila mereka berada di hadapan kelas. Pelajar-pelajar juga kurang diberi pendedahan dan bimbingan mengenai cara-cara pembentangan yang betul. Saya ingin mendedahkan elemen-elemen penting dalam pembentangan. Saya ingin menyelongkar apakah hubungan elemen-elemen ini dengan gaya pembelajaran pelajar di bilik darjah. Untuk memurnikan kajian ini pelbagai sumber bacaan telah diterokai seperti bahan-bahan internet dan buku-buku ilmiah. Oleh sebab tidak terdapat sesuatu bahan yang spesifik untuk dirujuk, maka saya telah memodifikasi model pembentangan yang dianjurkan oleh Brenda Hayden Sheets dan Lou Jillson (2007). Selain membaca, memahami dan menggarap model ini, saya juga telah menelaah sorotan literatur yang berkaitan. Satu senarai soal selidik telah saya bina berdasarkan model dan bahan bacaan sayai. Sebanyak 22 item soalan telah dibina dengan 4 subskala. Sebanyak 60 responden telah dipilih daripada kelas-kelas PRA U Atas Kemanusiaan di sebuah sekolah menengah di kawasan Bukit Mertajam. Sebanyak 4 kelas dipilih dan bagi setiap kelas seramai 15 orang responden dipilih secara rawak. Rasional kelas ini dipilih kerana kelas-kelas ini sering terlibat dalam pembentangan. Semua dapatan kajian itu dianalisis dengan menggunakan min, peratusan dan kekerapan. Dapatan tersebut akan menunjukkan sama ada terdapat elemen-elemen pembentangan seperti dianjurkan dalam Model kajian tersebut.Selain itu ingin juga melihat apakah profil amalan pembentangan yang berkesan mengikut persepsi pelajar. Dalam bahagian terakhir kajian ini, saya akan merumuskan segala dapatan dan membincangkannya mengikut Model Kajian. Selain itu saya juga mengemukakan cadangan-cadangan untuk meningkatkan keberkesanan pembentangan pelajar pada masa-masa akan datang. Saya amat mengharapkan kajian ini dapat membantu guru dan pelajar untuk meningkatkan mutu pembentangan dalam bilik darjah.

About these ads
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s